PERBEZAAN BERPANTANG DULU DAN SEKARANG









Seiring dengan peredaran zaman, cara berpantang selepas bersalin juga mengalami evolusi. Banyak pantang larang nenek moyang kita diketepikan dan dimodenkan. Tidak salah mengikut peredaran zaman, tetapi cara tradisional ada juga yang sangat bermanfaat dan mesti diamalkan sekarang. 

Berpantang merupakan tempoh waktu membosankan bagi setiap wanita selepas bersalin kerana menunggu selama 44 hari ibarat bertahun lamanya. Namun bagi mereka yang tahu akan rahsia berpantang, saat ini dipergunakan semaksimanya untuk mengembalikan kecantikan dan kesihatan diri luar dan dalam. 

Bagi ibu-ibu muda tempoh bersalin merupakan satu pengalaman baru. Badan harus dirawat agar bila tamat tempoh berpantang, anda tetap kelihatan segar semula seperti sebelumya. 


Amalan yang diwarisi daripada nenek moyang tidak sukar dilakukan, malah dedaun dan herba yang digunakan bagi tujuan rawatan, kini boleh di beli pasar harian. 

Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk mendapatkan dedaun, rempah-ratus dan herba untuk tujuan rawatan sendiri, bolehlah mendapatkan set bersalin lengkap yang sedia dijual di pasaran.


BERPANTANG SELEPAS BERSALIN, BEZA ZAMAN DULU DAN SEKARANG


TRADISIONAL
MODEN
Bersama suami selepas 100 hari
Bersama suami selepas 30 hari
Berehat secukupnya
Sibuk dengan media sosial
Keluar rumah selepas 40 hari
Keluar rumah selepas 2 minggu
Meyusukan bayi
Memberi susu formula
Bengkung herba
Bengkung moden
Minum air akar kayu/jamu
Minum kolagen
Bertungku
Ubat-ubatan
Memakai temple/herba
Memakai barut/minyak urut




RAHSIA MAINTAIN MUDA DAN SLIM SELEPAS BERSALIN 


Make sure badan sentiasa panas
Makan makanan yang memanaskan badan seperti halia dan lada hitam. Kalau perlu, makan la jamu yang  boleh  memanaskan badan. tapi make sure anak dah lepas level jaundis tu.

Keep breastfeeding your baby 
Tak ada istilah bila menyusu rasa lapar 😒, asyik makan je pastu badan gemuk. so taknak breast feed sebab takut gemuk. Padahal, lagi kerap breast feed, badan cepat turun berat., rahim cepat kecut, anak pun sihat! InsyaAllah.. Mak & anak akan sihat dan cantik selalu.
 

Pakai bengkung selama 100 hari 
Penggunaan bengkung sebenarnya lagi bagus kalau pakai selama 100 hari. Pakai setiap masa kecuali masa mandi, masa berurut & tungku sahaja bukak ok. Pakai tu biar kemas dan selesa ye. Makin hari badan makin ikut shape so ketatkan lagi biar sampai kita puas hati dengan shape yang kita inginkan. Sebelum pakai tu letak la minyak panas yang rasa selasa untuk perut. Lagi cepat kecik perut tu. Hehe. 


Sentiasa bertungku 
Bak yang paling malas bagi kaum wanita adalah bertungku, Ye ke betul 🤷‍♂️? saya ada 1 jenis tungku dan paling saya suka tungku jenis besi bulat saiz kecil. Admin akan tunggu 2-3 kali sehari biasanya waktu subuh. Selepas mandi bagi badan hangat semula dan malam sekali sebelum makan. Tungku bukan setakat kat perut, pinggul + betis+ celah kangkang. Banyak kebaikan bertungku salah satu boleh pecahkan angin. Kalau malas sangat, just bayar Mak Bidan jer you alls tapi jangan lupa bayar ok. 

Jaga makan 
Benda yang masuk perut adalah benda yang sangat penting. Mestilah makan dalam jumlah kecil, tapi kerap. Lapar, makan. Dahaga, minum. Please elakkan air ais kalau nk kekal slim ! lagi lama u elak ais lagi bagus. Nak teguk kasi hilang dahaga sikit pom takpe laa kot 🤣 tapi jangan lahh yaa... lagi baik minum air suam jer ok ! kulit pom cantik flawless gtu 😆. Biasanya ibu berpantang makan sup2 jer dan tambah sikit halia dan lada hitam. Kentut jer kerja. Haha. Cepat laa sikit slim.


Vitamin C & Habbatussauda 
Saya syorkan semua ibu2 yang nak slim dan cantik selalu amalkan vitamin c dan habbatussauda sebelum tidur ok. And atas korang laa nak makan supplement apa. Janji memberi tenaga dan sihat. 

Bilik jangan pasang aircond selama 100 hari
Kalau boleh jangan laa pasang aircond sampai 100 hari. Masuk kereta tolong laa duduk belakang & pakai sweater ! Full bodykena cover tauu ! Cuba elakkan aricond ok. 

Pakai stokin untuk elakkan kaki sejuk 
Angin mudah masuk melalui kaki so pakailah stokin sangat perlu even tak dalam pantang sekalipun. Saya berstokin dalam pantang part jari ibu kaki la paling takut tumpah darah pesan orang tua-tua so jangan malas pakai stokin ye 😘.

Pantang dengan suami 
100 hari sebolehnya tapi 60 hari pun paling awal so cubalah elak. Even dalam pantang cuba la jangan cuba-cuba untuk berasa berahi kerana urat boleh kembang. Sorry lah husband 100 memang wajib 😜

Berurut dan bertangas adalah Wajib 
Bagi saya wajib untuk bagi badan kita lebih fresh, segar dan lebih ringan. Darah berjalan lancar. Tak tersumbat dengan angin & toksin. Buang toksin melalui peluh. 



Comments

Popular posts from this blog

ANAK PEREMPUAN MIRIP AYAH , RUMAHTANGGA SEJUK ?

BUDAK VIRAL NYANYI LAGU SANTAN

28 JAM MELALUI KONTRAKSI DEMI MELAHIRKAN ANAK PERTAMA.