BUDAK VIRAL NYANYI LAGU SANTAN





Kota Bharu – Seorang budak autisma yang lebih dikenali  dengan panggilan Asif telah viral di laman sosial facebook dan Instagram setelah menyanyikan lagu Rahmat Ekamatra yang berjudul Disini Kasihku Abadi dengan lirik rekaanya yang tersendiri. Video yang berdurasi 3.18 minit telah mencecah 97k views di facebook. Minat Asif yang mendalam dalam bidang nyanyian mengakibatkan beliau berjaya mencipta lirik lagunya yang tersendiri dengan menggunakan intrumental lagu-lagu pada zaman 90-an. 





Gelagatnya yang spontan telah mencuit hati ramai viewers di instagram dan facebook. Asif mula menjinakkan diri  di alam lakonan pada tahun 2018 di dalam video viral syahmi sazli yang berjudul Ujian Buat Lelaki sehinggalah sekarang. Asif  juga mempunyai bakat dalam permainan tradisional seperti gendang yang dihadiahkan oleh pakciknya sendiiri. Asif juga mempunyai trademark tersendiri yang dikenali ramai iaitu "Jange Gura". Adik istimewa ini juga pernah dipanggil oleh pihak rakaman radio iaitu Thr Gegar sebagai tetamu jemputan pada tahun 2018. Sikap Asif yang pemalu, takut-takut dan tidak suka bercakap dahulu telah berjaya diubah oleh Syahmi Sazli dengan mengambil Asif belakon dalam video tersebut dan mengajak Asif bergaul dengan orang ramai. Asif juga dikenali di dalam video syahmi dengan cara percakapannya yang spontan, cara mengeja dan suka menyampuk dengan perkara-perkara yang kelakar seperti "sekure-kure nyoh aku boleh anguk, pokok tok leh" dalam video terbaru Syahmi Sazli yang berjudul Kos Perkahwinan 


    (Lakonan pertama Asif dalam Video Syahmi Sazli)



    (Asif dalam Cerita Kos Perkahwinan : semua lelaki tanggung ? )


Asif yang dulunya seorang yang sangat sensetif apabila di dekati oleh sesiapa pun termasuk ibu bapa yang sendiri. Perubahan yang positif ini dapat kita lihat apabila ia didekati oleh sepupunya sendiri  iaitu Syahmi Sazli yang sentiasa mengajaknya tampil di dalam livenya di facebook. Tanpa disedari Asif memberi respon yang sangat positif terhadap laman sosial.


                                          (Asif seorang yang sangat ceria)

Untuk ibu bapa yang senasib mengurus anak autisme sememangnya mencabar. Bagaimanapun, percayalah, Tuhan menduga adalah kerana untuk melihat sejauh mana keimanan kita sebenarnya. Mungkin inilah cara Tuhan memuliakan kita. Bertabahlah, lambat laun pasti ada juga sinar yang akan menunggu. Jika bukan didunia, pastinya diakhirat.

Mana mungkin Allah menganiaya orang yang redha. Terimalah seadanya dengan ikhlas. Anak, kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah berubah. Jika itu mulanya, akhirnya juga tetap begitu. Bagaimanapun, percayalah.


VIDEO ASIF DI THR GEGAR : GEGAR


Comments

Popular posts from this blog

ANAK PEREMPUAN MIRIP AYAH , RUMAHTANGGA SEJUK ?

28 JAM MELALUI KONTRAKSI DEMI MELAHIRKAN ANAK PERTAMA.