ANAK PEREMPUAN MIRIP AYAH , RUMAHTANGGA SEJUK ?




Antara kata-kata yang sering keluar daripada mulut saudara mara atau rakan taulan bila mereka tengok muka anak kita sama dengan ayahnya adalah, “Wah, wajah bayi mirip ayah dia laa. Mesti anak bapak!”
Kita pula sebagai ibu hanya akan tersenyum-simpul sambil menjawab, “Aah, perangai pun sama. Hehehe”
Sebenarnya, apabila wajah anak kita saling tak tumpah dengan wajah ayahnya, ia membawa banyak makna atau kesan yang lain. Antara kesan yang menarik ada dibincangkan dalam satu kajian ini.

Bila anak kita semakin membesar, kita akan dapat lihat bagaimana wajah serta perangai anak akan mula menyerupai salah seorang daripada ibu atau ayahnya. Betul ke tak ? 


Apa jadi bila wajah bayi mirip ayah dan bukannya mirip ibu ? 

Ramai sudah tahu yang genetik mempengaruhi keadaan ini. Namun ada satu kajian melihat kepada kesan yang berlaku kepada gaya keibubapaan seseorang apabila anak mengikut wajah ayahnya.

Menurut kajian tersebut, apabila anak ikut wajah ayah, si ayah akan lebih bermotivasi untuk meluangkan masa atau bermain dengan anaknya. Betul ke ni ? 

Menurut Profesor Solomon Polachek, ayah yang melihat wajah anak yang saling tak tumpah dengan wajahnya akan lebih terikat secara emosi dengan anak tersebut. Mereka akan cenderung untuk ingin selalu dekat dan bermain dengan si kecilnya itu.

Kajian : Bayi yang seiras wajah ayah didapati lebih sihat 

Sekumpulan pengkaji daripada Binghamton University dan Southern Illinois University telah memfokuskan kajian mereka terhadap 715 buah keluarga yang bermasalah, hampir berpisah, telah bercerai, atau tidak pernah berkahwin – di mana bayi tersebut tinggal bersama ibu masing-masing.
Hasilnya mendapati bahawa bayi yang lebih menyerupai ayah mereka adalah lebih sihat apabila mereka mencapai usia 1 tahun. Tahap kesihatan ini diukur daripada pelbagai aspek, termasuklah penyakit yang dihidapi, berapa kali masuk hospital, dan sebagainya.

Walaupun ia kedengaran seperti tak masuk akal, namun alasannya mungkin tidak begitu mengejutkan anda.

Apa pula kesan kepada si anak apabila ayah banyak luangkan masa dengan dirinya?

Apabila wajah anak kita sama dengan wajah ayahnya, ia bukan sahaja memberikan kesan positif kepada gaya keibubapaan si ayah, malah memberikan kesan positif kepada kesihatan si anaknya.  

Kenapa? Ini adalah kerana si anak berasa gembira apabila dapat meluangkan masa yang lebih dengan ayahnya.Kesejahteraan emosi ini kemudiannya memberikan kesan kepada keseluruhan tahap kesihatan anak tersebut.

Jangan salah faham…

Menarik juga kajian ini, kan? Tapi, jangan pula anda ingat ayah yang tidak sama wajahnya dengan anak tidak sayang atau tidak mahu melayan si kecilnya.Ianya adalah satu artikel sahaja. Tak perlulah nak marah dekat ayah nanti kalau muka kita tak sama dengannya ok ... 

Sudah pasti setiap bapa akan menyayangi anaknya sendiri, walaupun si kecil itu “copy-paste” wajah ibunya. Namun, apa yang kita boleh belajar daripada kajian ini adalah:
Ayah perlu meluangkan lebih masa dengan anak-anak. Ia akan menggembirakan si kecil dan memberi kesan positif kepada tahap kesihatan anak tersebut!
 Jadi, ayah sekalian, jom bermain, bergurau-senda dan belajar bersama si kecil kita. Mereka pasti akan ingat semula memori dan kenangan mereka membesar dengan si ayah yang penyayang dan mengambil berat tentang dirinya!


Sumber: theAsianparent Singapore, Medical Daily

Comments

  1. Kalau anak tak mirip ayah maka sering dipertanyakan.. jangan2 hasil hubungan dengan pria lain.. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

    ReplyDelete
  2. Anak saya mirip ayah nya😊

    ReplyDelete
  3. Anak saya cewek,,, tapi sangat mirip dengan ayahnya hingga bentuk badan, rambut,kuku,jari2 dan anggota badan lainnya.

    ReplyDelete
  4. Anak aku mirip banget sama ayah nya malah sama dg tingkah lakunya dan adat yang lain nya, lebih nurut ayah nya ke timbang ibu nyaπŸ₯ΊπŸ˜’

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

BUDAK VIRAL NYANYI LAGU SANTAN

28 JAM MELALUI KONTRAKSI DEMI MELAHIRKAN ANAK PERTAMA.