28 JAM MELALUI KONTRAKSI DEMI MELAHIRKAN ANAK PERTAMA.




Soalan yang mula-mula ramai orang akan tanya lepas selamat bersalin adalah SAKIT TAK BERSALIN ? 


Setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza dalam melahirkan zuriat, mari kita ikuti kisah instafamous yang lebih dikenali dengan nama Anissa Faizul yang boleh dicontohi oleh bakal ibu-ibu nanti.


KISAH MELAHIRKAN BAYI SULUNG 

28jam berlawan dengan contraction. Dan dipermudahkan dalam labour room dan akhirnya instafamous Anissa Faizul berjaya melahirkan anak sulungnya, Ainul Mardhiah secara normal dengan berat 2.56 kg. 






SYUKUR ATAS PENGALAMAN BERMAKNA INI DAN BERGELAR IBU MUDA  

Ya Allah, terima kasih atas pengalaman bermakna ni. Bagi Nissa antara beranak & contraction yang mana paling sakit. Nissa pilih contraction. Sakit dia Ya Allah, Tuhan je yang tahu. 3 suntikan pain killer pun masih belum dapat hilangkan sakit contraction tu.



KISAH CONTRACTION 28 JAM SEBELUM KE LABOUR ROOM 



28 jam berlawan dgn contraction, 2am (7/1/2019) Contraction pertama & berterusan.. 11:30am, Nissa kena tahan dalam wad sbb nak suntikan pain killer (suntikan pertama) Dan suntikan kedua pada belah malam (lupa dah jam berapa sbb pain killer ni kena gap 6jam) Dan suntikan ketiga pkul 4am. Sepanjang contraction, mmg Nissa tk makan. Tidur pun sejam je slps kena suntik pain killer. Lepastu contraction dtg balik. And setiap kali nak kena suntik pain killer, nurse akan check laluan. Laluan still 1cm sampai nurse bagitau, esok pagi masuk labour room doktor akan induce. Ya Allah, time tu mmg dah tak fikir nak beranak normal. Sbb induce ni 10x ganda sakit dari contraction (nurse yg bagitau) So, malam tu Nissa bagitau Syahmi kalau betul esok kena induce mmg Nissa nak mintak caesar je.







BUKAAN 4 CM, MASA MANDI TURUN DARAH 


Time ni laluan dah 4cm tp masih lg takde turun air ketumban or darah. So, sblm masuk labour room doktor suruh isi perut & mandi utk segarkan badan. Time mandi tu la, baru tanda (darah) turun. So, cpt2 Nissa bersiap & call nurse utk ke labour room.


Pukul 9 lebih Nissa masuk labour room, doktor bg gas untuk kurangkan sakit [Tips : Sedut time sakit shj, and sedut melalui mulut, hembus melalui hidung] 15 minit lepastu doktor dtg balik & check jalan dah boleh beranak.


TAK SAMPAI SEJAM, BAYI SELAMAT DI LAHIRKAN (AINUL MARHDIAH) 

 Alhamdulillah tksampai sejam keluar lah @babyainulmardhiah💖 Allah swt permudahkan urusan beranak selepas bertarung dgn contraction selama 28jam lebih. Tp Nissa kena gunting sbb tkde tenaga nak teran & tkpandai nak curi nafas time meneran. Dan time doktor tgh jahit tu, mmg tk rasa apa-apa. Tambah2 perasaan mmg happy bila dgr suara baby nangis. Mcm tak percaya yg kita melahirkan baby yg tgh nangis tu.





UNTUK IBU DI LUAR SANA YANG FIRST TIME NAK MELAHIRKAN ANAK, KENA PANDAI CURI NAFAS SEMASA  MENERAN 


So, yang mana nak dkt dah dgn due date jgn risau tau. Sbb lain org lain pengalaman. Yang penting kena tenang & pandai curi nafas time meneran. Jgn keluarkan suara time meneran & yg penting push time sakit je kalau tak mmg uolss akan habis tenaga. Mcm mana nk tahu sakit tu?? Dont worry nurse & doktor akan bagitau @ kita mmg akan rasa sakit tu (mcm nak berak)


SYUKUR SEBAB TAK INDUCE OR EPIDURAL 

Habis cerita yang tak berapa nak best ni. Tp Nissa bersyukur sgt tak kena induce or epidural. Ohh, satu lg tips! Bila sakit contraction, pegang kuat2 tgn husband n tarik nafas dalam2 n hembus kot mulut. Ulang smpai la sakit tu hilang. Istighfar byk2 & selawat byk2.



sumber :anissafaizul

Comments

Popular posts from this blog

ANAK PEREMPUAN MIRIP AYAH , RUMAHTANGGA SEJUK ?

BUDAK VIRAL NYANYI LAGU SANTAN